Cara Jaga Pokok Bunga Ros Dengan Betul

Cara Jaga Pokok Ros Dan Siram Dengan Betul.  Bagaimana kaedah jaga pokok ros dan teknik siraman pokok rose dengan betul ? Ikuti panduan menjaga pokok ros dibawah :

Cara Kaedah Jaga Pokok Bunga Ros Dengan Betul
Kaedah Jaga Bunga Ros Dengan Betul



Tips Jaga Pokok Rose Dan Teknik Siram Dengan Betul

Berikut dikongsikan teknik menyiram air pada Pokok Bunga Ros mengikut kelapangan masa yang sesuai serta langkah-langkah yang perlu diambil semasa siraman pokok ros dilakukan. Kadangkala kita tersilap anggap bahawa Pokok Bunga Ros adalah macam pokok hiasan yang tidak memerlukan bekalan air yang secukupnya. Oleh yang demikian, banyak pengemar Ros menyiram air pada Pokok Bunga Ros secara melepaskan batuk di tangga sahaja dimana ada kalanya kita akan menyiramnya dan ada kalanya tidak disiram langsung tumbuhan tersebut.

Petua Jaga Pokok Ros Agar Sentiasa Subur

Air yang cukup sangat penting bagi memastikan Pokok Bunga Ros yang ditanam tumbuh subur. Oleh itu, kita hendaklah bijak memastikan siraman air  sentiasa seimbang dengan saiz Pokok Bunga Ros. Perkara yang dinyatakan perlu diberi perhatian yang serius disebabkan siraman air yang terlampau banyak pada pokok tersebut dikhuatiri boleh menyebabkan akar Pokok Ros menjadi busuk dan akhirnya mati.

Teknik Siram Pokok Bunga Ros Dengan Betul

1. Bagi penyiraman pada awal pagi, lewat petang atau malam :

Siram air pada pangkal pokok sahaja. Seeloknya, hindarkan air dari terkena pada bahagian daun sebab kelembapan boleh menyebabkan terhasilnya 'Blackspot' di bahagian daun.

2. Bagi penyiraman pada awal petang (diantara 2 pm  hingga 4 pm) :

Siram air macam biasa. Maknanya, tidak mengapa sekiranya siraman air terkena pada bahagian daun.

Semoga perkongsian diatas dapat memberi manfaat kepada pembaca. Jangan lupa kongsikan tentang rahsia bunga ros hidup dengan subur ini dengan mereka yang lain dan selamat mencuba. Terima kasih.

0 Response to "Cara Jaga Pokok Bunga Ros Dengan Betul"

Post a Comment