Resepi Kerabu Daging Thai Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Kerabu Daging Thai Yang Sedap Dan Mudah. Berikut merupakan resipi untuk membuat kerabu daging ala thai yang sedap dan senang. Ikuti panduan dibawah :

Kerabu Daging Thai Cara Buat
Kerabu Daging Thai


Resepi Cara Buat Kerabu Daging Thai Yang Sedap

Bahan-bahan:

  1. Empat ratus gram daging
  2. Sebiji bawang besar  yang telah dipotong
  3. Lima biji cili padi
  4. Lobak merah yang telah dipotong halus
  5. Timun yang telah di potong nipis
  6. Satu bungkus su-un ( pek kecil )
  7. Sesudu besar sos ikan
  8. Sesudu besar sos cili thai
  9. Jus limau nipis ( Dua Biji )
  10. Dua atau tiga biji tomato cherry

.
Cara Sediakan Kerabu Daging Ala Thai Yang Best

1. Basuh daging serta lumurkan menggunakan sedikit garam 
2. Bakar daging bakar tersebut.
3. Potong secara nipis daging yang sudah dibakar.
4. Masukkan daging, bawang besar, cili padi, su-un yang siap di celur, lobak merah, timun, tomato cherry, sos ikan, sos cili thai ke dalam sebuah mangkuk atau bekas yang besar dan akhir sekali perahkan limau nipis
5. Sila gaul sampai rata.
6. Rasa masin manisnya dan sedia untuk jamu. 

Bagi mendapatkan rasa yang lebih meresap ke dalam daging, kerabu tersebut turut boleh di simpan di dalam peti sejuk dan boleh di hidangkan kepada keluarga atau tetamu yang berkunjung ke rumah pada keesokan hari nya.

0 Response to "Resepi Kerabu Daging Thai Yang Sedap Dan Mudah"

Post a Comment