Cara Turunkan Suhu Panas Dalam Badan Pakai Telur

Cara Turunkan Suhu Panas Dalam Badan Pakai Telur Rebus. Bagaimana cara untuk turunkan suhu badan anak yang sedang demam menggunakan telur rebus? Ikuti perkongsian tentang petua tradisional untuk kurangkan panas dalam badan anak yang sedang mengalami demam. Tips ini juga sesuai untuk digunakan oleh orang dewasa.

Kurangkan Panas Dalam Tubuh Pakai Telur Rebus
Turunkan Panas Dalam Badan


Petua Kurangkan Panas Dalam Tubuh Guna Telur Rebus

1. Basuh telur sehingga bersih dan rebus sampai masak sepenuhnya.

2. Kupaskan kulit telur tersebut tapi ingat jangan sampai pecah.

3. Balut telur-teluar  yang telah siap dikupas menggunakan tuala bersih atau napkin. Ketebalan kain yang digunakan bagi tujuan membalut adalah berdasarkan suhu telur.

4. Golek-golekkan telur ke seluruh badan anak yang  sedang mengalami demam terutama di kawasan yang panas. Golek secara lembut untuk mengelakkan telur yang digunakan menjadi pecah. 

5. Apabila telur sudah menjadi suam, sila keluarkan daripada kain yang digunakan. Anda akan lihat telur yang digunakan menjadi menggerutu. Abaikan kondisi telur tersebut dan teruskan menggolek sehingga telur tersebut sejuk (lebih kurang setengah jam proses menggolek telur).

6. Ketepikan telur dan biarkan telur dalam masa sepuluh hingga lima belas minit. Selepas itu, pecahkan telur putih dengan berhati-hati. Anda akan lihat kuning telur menggerutu.

7. Anda boleh buat tiga kali rawatan dalam sehari.

Selepas rawatan ini dijalankan insyaallah suhu badan anak akan turun dan seterusnya kembali normal. Pastikan juga anak anda banyak minum air masak dan kerap mandi.

Semoga perkongsian tentang kaedah menurunkan panas badan anak yang sedang demam dapat memberi sedikit manfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikannya dengan yang lain. Terima kasih.


Sumber : Fb

0 Response to "Cara Turunkan Suhu Panas Dalam Badan Pakai Telur"

Post a Comment