Resepi Agar Agar Oreo Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Agar Agar Oreo Yang Mudah Dan Sedap. Apa resepi untuk membuat agar- agar oreo ? Ikuti panduan tentang resepi dan cara buat agar- agar oreo yang sedap dan senang dibawah :

Resipi Agar Agar Oreo Yang Best
Agar Agar Oreo


Cara Buat Agar Agar Oreo Yang Sedap Dan Mudah

Bahan-bahannya :

  1. Satu paket agar-agar (berat dalam 25gram)
  2. Satu tin susu cair
  3. Air 1250ml
  4. Gula dua ratus lima puluh gram
  5. Dua biji telur
  6. Sebungkus biskut oreo
  7. Askrim perisa Vanila
  8. Sedikit esen vanilla


Bahan Dan Cara Buat Agar Agar Biskut Oreo Yang Best

1. Basuh dahulu agar-agar. Selepas itu, masak bersama dengan 1250ml air dengan  menggunakan api pada kadar yang sederhana.
2. Masukkan gula dan kacau secara perlahan-lahan.
3. Kisar Oreo.
4. Kisar susu cair bersama telur serta esen vanilla hingga sebati.
5. Masukkan ke dalam agar-agar yang telah dimasak sebentar tadi. Kacau sampai sebati.
6. Masukkan Oreo yang telah dikisar dan kacau hingga mendidih. Tutup api.
7. Masukkan dalam bekas yang bersesuaian.
8. Letakkan dalam petisejuk untuk  tujuan pembekuan.

Itulah resipi dan kaedah untuk membuat agar-agar oreo yang enak dan mudah. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Agar Agar Oreo Yang Mudah Dan Sedap"

Post a Comment