Cara Panaskan Enjin Kereta Anda Dengan Betul

Cara Panaskan Enjin Kereta Anda Dengan Betul. Banyak orang mungkin tidak tahu. Setiap pagi rata-rata orang di negara kita mesti akan memanaskan enjin kereta milik mereka. Sekurang-kurangnya lima hingga ke sepuluh minit.

Panaskan Enjin Kenderaan Dengan Betul
Cara Betul Panaskan Enjin Kereta


Kaedah Panaskan Engine Kenderaan Dengan Betul

Terdapat juga yang panaskan enjin sehingga lima belas minit. Hidupkan enjin kereta dahulu, selepas itu masuk rumah balik untuk besiap-siap atau makan dan kemudian baru memulakan perjalanan.

Kenapa Perlu Panaskan Enjin Kereta? Sebenarnya langkah memanaskan enjin kereta iaitu membiarkan enjin dalam keadaan ‘idling’ merupakan sesuatu perkara yang tidak berfaedah. Di sesetengah negara, memanaskan enjin dilarang sama sekali. Seperti contoh, Jepun, United Kingdom, dan Amerika telah mengadakan kempen untuk kes tersebut.

The Canadian Office of Energy Efficiency melaporkan bahawa memanaskan enjin kenderaan adalah dengan memandunya bukan dengan membiarkannya.

Cara Yang Betul Untuk Panaskan Enjin Kereta

Jesteru, kaedah yang paling efisyen adalah selepas menghidupkan enjin terus memandu untuk memanaskan enjin kenderaan.

Kesan Panaskan Enjin Kenderaan Secara Salah

1. Pembakaran bahan api kereta anda menjadi tidak sempurna. Pembakaran yang tidak sempurna akan memberikan kesan yang tidak baik kepada dinding silinder ( akan haus ). 

2.  Palam Pencucuh boleh rosak akibat tidak berada pada suhu yang sepatutnya.

3. Membazirkan masa, sumber asli ( bahan api ), wang ringgit dan mencemarkan alam sekitar.

Semoga perkongsian tentang keburukan memanaskan enjin kereta dapat memberi sedikit manfaat kepada anda. Jangan lupa bantu kami sebarkan dengan klik pada simbol g+1 atau di laman-laman sosial milik anda.

Sumber : Fb

0 Response to "Cara Panaskan Enjin Kereta Anda Dengan Betul"

Post a Comment