Resepi Roti Jala Sardin Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Roti Jala Sardin Yang Sedap Dan Mudah. Bagaimana cara untuk membuat roti jala sardin yang enak dan senang? Ikuti kaedah untuk menyediakan roti jala sardin dibawah :

Resepi Roti Jala Sardin Yang Mudah Dan Sedap
Resepi Roti Jala Sardin


Cara Buat Roti Jala Sardin Yang Mudah Dan Sedap

Bahan- bahan untuk membuat roti jala:

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Dua sudu besar minyak masak
  3. Tiga per empat sudu kecil garam
  4. Sedikit pewarna kuning
  5. Sebiji telur
  6. Dua cawan air atau susu segar atau santan
  7. Acuan roti jala


Bahan untuk membuat  inti sardin:

  1. Satu tin kecil sardin ( asingkan sos serta buang tulang ikan )
  2. Sebiji labu bawang besar sederhana yang telah dipotong halus
  3. Dua biji limau kasturi untuk dibuat jus
  4. Secubit garam
  5. Secubit serbuk lada sulah


Cara Buat Inti Sardin Yang Mudah Dan Sedap

1. Ikan dihancurkan di dalam mangkuk.selepas itu masukkan bawang besar,garam,jus limau serta serbuk lada sulah secukup rasa.

2. Kacau hingga sebati. Kalau suka boleh letakkan sedikit sosnya.Saya letak dalam 2 sudu besar sos sardin tadi.

Bagaimana Cara Untuk Membuat Roti Jala Yang Lembut 

1. Kisarkan semua bahan diatas hingga sebati. Kemudian, tapis adunan tersebut.

2. Pakai non stik pan.Sapu sedikit minyak dan jala diatasnya menggunakan acuan roti jala.

3. Apabila sudah masak angkat dan letakkan dua sudu kecil inti sardin. Kemudian, gulung seperti gulung kuih ketayap.

Diharapkan perkongsian tentang resipi membuat roti jala sardin dapat memberi sedikit panduan dan manfaat kepada anda. Selamat mencuba. Terima kasih.

0 Response to "Resepi Roti Jala Sardin Yang Sedap Dan Mudah"

Post a Comment