Sejarah Jutawan Coklat Hacks Datuk Seri Barkath Ali

Sejarah Jutawan Coklat Hacks Datuk Seri Barkath Ali. Sebagai tanda terima kasih sebab menulis tentang gula-gula keluaran syarikat milik Datuk Seri Barkath Ali beberapa bulan lalu, jutawan yang sangat merendah diri iaitu Datuk Seri Barkath Ali pagi tadi telah menerbangkan saya khas dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi melihat sendiri secara eksklusif cara-cara untuk menghasilkan gula-gula Hacks, gula-gula nombor satu rakyat Malaysia.

Sejarah Jutawan Gula Gula Hacks
Jutawan Hacks


Siapa Pemilik Coklat Hacks Yang Sebenar

Banyak orang yang tidak tahu, gula-gula herba ( Hacks ) yang berasal dari England sekarang sudah menjadi milik rakyat Malaysia serta merupakan pengeluar tunggal Hacks bagi peringkat antarabangsa. Ini secara tak langsung menjadikan pemiliknya iaitu Datuk Seri Barkath Ali sebagai Raja Hack Dunia.

Datuk Seri Barkath Ali
Datuk Seri Barkath Ali


" Arwah ayah saya Haji Abu Backer pada pertengahan tahun 1950  telah mengesan potensi gula-gula ini dan berjaya menyakinkan pembuatnya di England untuk memberinya hak sebagai ejen Hacks di Malaya dan Singapura.

" Hasil kesungguhan arwah ayah, beliau berjaya mendapatkan hak untuk mengeluarkan sendiri coklat Hacks di negara ini dan kami akhirnya berjaya mendirikan kilang yang bertempat di Mak Mandin, Pulau Pinang. Sekarang, jenama Hacks telah pun milik kami sepenuhnya. Milik kita rakyat Malaysia," kata Barkath.

Cara Membuat Gula Gula Hacks

Apabila saya tiba di kilang Hacks dengan Mercedes Benz S Class milik Barkath, mata serta tekak saya sudah mula 'berangin'. Bukan kerana marah, tetapi akibat kesan seperti 'menthol' seperti mana yang terdapat dalam kandungan gula gula  Hacks.

Permulaan, gula-gula Hacks dimasak terlebih dahulu hingga menjadi sangat pekat macam dodol. Selepas itu, coklat hacks dipotong secara kecil-kecil sebelum dibungkus seperti mana yang anda beli di kedai atau pasaraya.

Rahsia Kejayaan Coklat Hacks Tawan Hati Pelanggan

Lihat seperti mudah namun ia menjalani proses kawalan mutu yang sangat ketat. Siap ada jurumakmal yang akan mencuba coklat tersebut dalam makmal bagi memastikan kualiti dan rasanya terjamin. Jika kualiti dan rasanya "lari" sedikitpun spesifikasinya, pihak kilang Hacks akan kena menolaknya dan menggantikan dengan yang lain.

0 Response to "Sejarah Jutawan Coklat Hacks Datuk Seri Barkath Ali"

Post a Comment