Kereta Proton Persona Model Terbaru Dan Terkini

Kereta Proton Persona Model Terbaru Dan Terkini. Syarikat pengeluar kereta nasioanl, Proton Holding Berhad akan melancarkan kereta persona model terbaru yang bakal menemui pelanggan dalam masa terdekat.

Model Proton Persona Paling Latest
Proton Persona Model Terbaru


Kereta Proton Persona Model Paling Latest

Proton Holdings Berhad bakal melancarkan model Persona Serba Baru dengan lima varian yang dilengkapi pelbagai ciri terkini untuk kategori segmen B.

Bagi varian Standard, ia didatangkan dengan dua pilihan transmisi iaitu 1.6 MT serta 1.6 CVT Standard, 1.6 CVT bagi Executive, 1.6 CVT Premium dan 1.6 CVT Premium (bodykit) untuk varian Premium.

Kelebihan Model Terbaru Kereta Proton Persona

Datuk Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutifnya, berkata, kereta Persona baru akan dilengkapi dengan enjin 1.6 liter VVT yang mampu menyalurkan 107 kuasa kuda serta tork sehingga 150 Nm.

“Walaupun dilancarkan dua minggu lagi tetapi tempahan sudah mula boleh dibuat di semua cawangan Proton Edar di Malaysia,” jelasnyanya ketika ditemui semasa sesi pandu uji Persona bersama media petang tadi.

Ciri Ciri Unik Kereta Model Persona Terbaru

Antara ciri unik lain yang terdapat pada model persona  ini termasuk dimensi dengan 4,387mm panjang, 1,722mm lebar dan 1,554 mm tinggi dengan 2,555mm jarak roda serta bonet seluas 510 liter berbanding 430 liter bagi model terdahulu.

Enjin VVT empat silinder ini juga jimat bahan api lebih sepuluh peratus bagi transmisi automatik dan tiga belas peratus bagi manual manakala bagi ciri keselamatan pula, ia dilengkapi dengan sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), 6 beg udara SRS, dan Brek Anti-Kunci (ABS).

Harga Proton Persona Model Terbaru Di Pasaran

Meskipun tiada pengumuman harga dibuat namun ia dijangka akan dijual pada harga di bawah RM65,000 dengan promosi tiga tahun waranti serta enam pilihan warna iaitu putih, kelabu, perak, hitam, coklat dan merah.

sumber : HM

0 Response to "Kereta Proton Persona Model Terbaru Dan Terkini"

Post a Comment