Petua dan Cara Mudah Hilangkan Ketuat Ketuat. Kebiasaanya ketuat tumbuh pada anggota badan manusia seperti tangan, kaki, muka, leher, siku dan bahgaian-bahagian lain. Dibawah merupakan beberapa kaedah tradisi dan moden yang dapat membantu anda untuk menghilangkan ketuat yang tumbuh :
Tips dan Cara Menghilangkan Ketuat di Badan |
Tips dan Cara Mudah Hapuskan Ketuat Dengan Pelepah Betik
Guna getah dari pelepah betik dan sapukan ditempat ketuat tumbuh. Biarkan getah tersebut kering. Amalkan selama seminggu,insyaALLAH ketuat akan mengering dan tercabut sendiri.
Kaedah Hilangkan Ketuat Dengan Daun Kesum
Ambil beberapa helai daun kesum dan tumbuk lumat sehingga lumat. Campurkan daun kesum tersebut dengan sedikit garam halus. Sapu daun kesum tadi diatas ketuat dan biarkan ianya kering. Amalkan beberapa kali sampai ketuat kering dan mungkin akan luruh sendiri.
Panduan Hilangkan Ketuat Dengan Ubat Nyamuk
Ambil abu ubat nyamuk dan bancuhkan abu ubat nyamuk tersebut dengan sedikit air. Sapu ditempat ketuat tumbuh dan biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari sehingga ketuat menjadi kering dan mungkin akan luruh dengan sendiri
Petua Orang Lama Hilangkan Ketuat Pakai Kapur Sireh
Ambil kapur sireh dan campurkan dengan sedikit air. Sapu atas ketuat dan biar sehingga kering. Lakukan setiap hari, insyaAllah berkesan
Langkah Hilangkan Ketuat Guna Minyak Masak
Ambil lidi dari pokok kelapa. Celupkan lidi tersebut ke dalam minyak masak yang panas dan titik minyak tersebut menggunakan lidi diatas ketuat yang tumbuh.
Hilangkan Ketuat Dengan Laser
Laser Ketuat adalah cara moden untuk menghilangkan ketuat. Cara ini terbukti berkesan dan pada masa kini sudah banyak klinik yang menawarkan perkhidmatan laser ketuat.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menghilangkan ketuat. Selamat Mencuba.
0 Response to "Cara Mudah Hilangkan Ketuat"
Post a Comment