Ticket Hotline Final Piala FA

Ticket Hotline Final Piala FA. Tempahan tiket Final Piala FA boleh dibuat bermula Selasa ini, bermula jam 10 pagi dengan maksimum 4 tiket sahaja bagi setiap pembelian.

Piala FA Baru
Gambat Piala FA

Tempah Online Tiket Final Piala FA

Pihak LionsXII hanya inginkan sebanyak 3,000 tiket (dewasa sahaja) untuk dijual pada hari Rabu ini (esok) di Stadium Jalan Besar, Singapura dari 12 tengahari hingga 9 malam.

Situasi ini membolehkan pihak FAM untuk meluluskan penambahan peruntukan tiket kepada Kelantan dan sebanyak 40,000 tiket (termasuk 2,000 tiket bagi kanak-kanak) akan dijual pada Rabu ini (esok) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu bermula dari jam 9 pagi.

Cara Beli Tiket Final Piala FA Online

Baki tiket termasuk 1,000 tiket kanak-kanak akan dijual secara online di www.tickethotline.com.my bermula 10 pagi tadi (Selasa). Setiap pembelian, adalah maksimum 4 tiket sahaja.

Cara Menebus Tiket Online Final Piala FA

Penebusan tiket online di Pintu Ungu, Stadium Nasional pada Khamis dan Jumaat (10 pagi hingga 6 dan Sabtu (10 pagi hingga 7petang). Tiada jualan tiket biasa di Stadium Nasional, hanya penebusan tiket honline yang telah ditempah.

Pintu Masuk Penyokong Pada Final Piala Fa

Pintu masuk untuk penyokong LionsXII, hanya Pintu Biru. Selebihnya pintu-pintu lain adalah untuk penyokong Kelantan. Pintu mula dibuka jam 4 petang, Sabtu ini.

0 Response to "Ticket Hotline Final Piala FA"

Post a Comment