Review Mesin Rumput Elektrik Black and Decker

Review dan Pengalaman Guna Mesin Rumput Elektrik Jenama Black and Decker. Dibawah merupakan antara pengalaman pengguna Mesin Elektrik  Keluaran atau Brand Black And Decker.

Mesin Rumput Elektrik Jenama Black and Decker
Mesin Rumput Elektrik Keluaran Black and Decker 

Pengalaman Pakai Mesin Rumput Elektrik Keluaran Black And Decker

1. Saya pernah guna. Saya beli mesin rumput elektrik ni dekat Tesco, harga mesin rumput murah, namun motor cepat jem. Jika rumput basah, motor boleh berhenti secara mengejut. Kalau nak trim rumput karpet boleh la guna. Saya cadangkan keluarkan belanja lebih sikit untuk beli yang berjenama sikit agar tahan lama macam mesin rumput elektrik dari jenama bosch ke.

2.Saya guna untuk trim carpet grass lama dulu. Mesin masih baik sampai hari ini dan sekarang ada  simpan dalam stor rumah .Tak ada problem masa guna setakat ini.

3.Harga tali mahal giler..bagusnya cuma saiznya yang kecil sebab senang nak simpan.tapi coverage kawasan tak bagus sebab kena ade sumber eletrik.

4.Saya dah pakai masuk lima tahun. Setakat ini okey je. Brand Black and Decker tapi model lain.

5.Kena buat ubah suai sikit. Biar boleh pakai tali kuning sebab tangsi dia tak kuat

6.Baru beli dua minggu, dah pakai pun, okey lah jugak.

7.Tangsi kena cari yang berkualiti dan tahan lasak

8.Sepuluh tahun dah simpan je dalam stor, potong lalang pun tak putus

9.Saya potong rumput petang td alhamdulillah rapat sampai ke tanah

10. saya dah tak beli jenama B&D, harga memang dua kali ganda lebih murah, tapi bagi saya mechanical dia tak tahan lama, tak tau pula pandangan orang lain

11.Saya pernah guna, guna sampai rosak. Akhir sekali pakai , tak berhenti potong rumput kira-kira dalam 1 jam layan sampai hangit karbon brush terbakar akhirnya masuk tong sampah.

0 Response to "Review Mesin Rumput Elektrik Black and Decker"

Post a Comment