Dugaan Dan Ujian Orang Bertunang

Dugaan Dan Ujian Orang Bertunang. Kebiasaan orang yang baru atau sedang bertunang dikatakan akan menghadapi pelbagai dugaan yang mampu mempengaruhi hubungan mereka. Jesteru dibawah dikongsikan kata-kata seorang guru yang mungkin boleh dijadikan sandaran kepada mereka yang sedang bertunang.

Tips Untuk Menghadapi Dugaan Dan Ujian Orang Bertunang
Dugaan dan Ujian Orang Baru Bertunang


Tips Untuk Menghadapi Ujian Apabila Sudah Bertunang

Kata seorang guru :

Bila sudah kamu bertunang dengan istisyarah dan istikharah, nanti kamu akan diuji dengan menemui wanita lain yang akan dilihat lebih baik, itulah tandanya tunang kamu itu yang terbaik bagi kamu. Perkara ini berpunca dari syaitan sedang  berusaha untuk memburukkan hubungan agar pernikahan kamu yang akan berlangsung terbatal. Maka, berfikirlah dengan akad sempurna, jesteru akan hilang fitnah syaitan, bahagialah rumahtanggamu.

Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik, pasangannya akan sentiasa dihias oleh syaitan, lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya. Maka, tatkala lafaz akad nikah sempurna, hilanglah hiasan syaitan, maka terdedahlah satu persatu aib, lalu berlakulah penceraian dan sebagainya.

0 Response to "Dugaan Dan Ujian Orang Bertunang"

Post a Comment