Football Rumour Transfer Cristiano Ronaldo Kembali Ke MU

Rumour Transfer Football Cristiano Ronaldo Kembali Ke MU. Gosip terbaru perpindahan pemain bola sepak di Eropah.

Gambar Cristiano Ronaldo
CJ Kembali ke MU

Cristiano Ronaldo Kembali Ke Man United

1) CR atau Cristiano Ronaldo dikhabarkan akan kembali menyarung jersi Manchester United dalam satu pengumuman pada minggu ini. Bekas bintang Real Madrid, Agustin Rodriguez memberitahu, penyerang Portugal itu kini telah bersedia untuk meninggalkan Real Madrid. Katanya lagi , CR akan pulang ke Old Trafford selepas perjanjian bernilai £71.5 juta dicapai dalam tempoh terdekat.

2) Menurut Daily Star, Manchester United juga bakal merealisasikan hasrat kelab tersebut untuk menandatangani pemain Mat Hummels dalam tempoh terdekat. Pemain Pertahanan Jerman dan Borussia Dortmund itu dikhabarkan merupakan sasaran utama Louis Van Gaal sejak setahun yang lalu dilapor akan tiba di Manchester menerusi pemindahan bernilai £37 juta. Man United meningkatkan nilai bidaan selepas pertaruhan pertama berjumlah £21.5 juta ditolak pasukan bola sepak Dortmund pada awal bulan lalu.

3) Selain itu, laporan lain turut melaporkan, United boleh untuk mendapatkan Mario Gotze dengan menjadikan Angel Di Maria sebagai pertukaran kepada Bayern Munich. Gotze dilapor mahu meninggalkan Bayern manakala kelab tersebut memerlukan pemain sayap seperti Di Maria.

0 Response to "Football Rumour Transfer Cristiano Ronaldo Kembali Ke MU"

Post a Comment