Terperangkap dalam Lif

Panduan dan tips jika terperangkap dalam lif di tempat kerja, hospital, flat ataupun dimana-mana sahaja. Dibawah merupakan beberapa tips yang boleh diamalkan jika lif yang anda naiki mengalami gangguan.


Terperangkap dalam Lift


Tips dan Langkah -langkah Yang Betul Yang Perlu  diLakukan Jika Lift Stuck


1.Bertenang dan jangan panik 

Ini adalah perkara paling utama yang perlu diamalkan. Jika bertenang dan tidak panik otak kita mampu berfikir dengan waras jesteru ianya mampu mempengaruhi tindakan kita pada masa tersebut.

2. Interkom 

Kalau lift anda mempunyai butang ikon gangang atau dipanggil ''interkom'',  sila tekan butang interkom lif tersebut dan laporkan kepada pusat kawalan. Biasanya lif yang mempunyai pusat kawalan mempunyai butang ini bagi PPR biasanya tiada butang ini.

3. Loceng 

Sila Tekan loceng banyak banyak kali untuk memberi isyarat terperangkap didalam lift kepada orang yang berada diluar  dan memerlukan pertolongan mereka.

4. Telefon atau Khidat Pesanan Ringkas.SMS 

Kebiasaanya tiada line telefon  lif namun  tidak salah untuk anda mencubanya. Cara mencari line telefon dalam lif adalah cuba cari di genap ruang lif. Kadang-kala ada titik yang mempunyai sedikit liputan talian telefon yang akan membenarkan anda untuk berkomunikasi dengan orang di luar.

5. Duduk

Elakkan dari berdiri jika lif  mengalami gangguan dan cuba duduk di atas lantai lif tersebut seta bawa bertenang. Ini bagi mengelak dan mengurangkan  kesan kepada kita jika lif tersebut jatuh bebas ke bawah.

0 Response to "Terperangkap dalam Lif"

Post a Comment