Pemilik Ramly Burger Adalah Ramly Mokni

Nama Sebenar Pemilik Ramly Burger Adalah Ramly Mokni. Dibawah merupakan sedikit kisah naik turun seorang usahawan memproses daging burger dari awal kemunculanya sehingga berjaya bergelar jutawan kini.

Pemilik Ramli Beger
Gambar Hiasan-Pemilik Ramly Burger


Siapa Ramly Burger Sebenarnya ?

Jika ada yang tanya pada aku siapakan Usahawan Melayu Bumiputra yang aku paling kagumi, jawapan aku semestinya ialah Datuk Ramly Mokni ( Ramly Burger ) yang terkenal dengan produk keluaran syarikatnya iaitu daging burger, Ramly. Untuk pengetahuan umum, Kisah Ramli Burger sangat jarang keluar di media media masa, itulah sebab kita kurang mendengar tentang kisah-kisah naik turun usahawan burger Malaysia ini. Sebelum pergi lebih lanjut, gembira untuk saya kongsikan tentang maklumat tuan punya milik jenama Ramly Burger. Ramly berasal dari Tanjung Piandang, Perak dan telah dibesarkan di Selangor serta mempunyai adik beradik seramai 16 orang.



Modal Pendahuluan Membuka Perniagaan Menjual Burger

 Semuanya bermula sekitar tahun 1978 apabila Malaysia kecoh dengan isu halal haram daging burger yang kebanyakan daging burger pada masa tersebut diimport dari luar negara, jesteru Ramly dan isterinya telah mengambil keputusan untuk membuat dan menyediakan sendiri burger daging di rumah. 

Dengan hanya bermodal sejumlah wang sebanyak RM2,000, mereka telah memproses sendiri burger daging secara manual tanpa bantuan mesin rumahnya yang terletak di Flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru. Pada permulaan ianya kurang  mendapat sambutan kerana orang Malaysia tidak gemar untuk makan burger, namun Ramly Burger tetap meneruskan usahanya itu dengan secara beransur- ansur menambah gerai jualan Burger Jenama Ramly di sekitar kawasan Chow Kit. Usahanya nampak berhasil kerana kaedah penambahan gerai burger yang dibuat secara perlahan lahan itu telah mampu meningkatkan permintaan Daging Burger Keluaran Syarikat Ramly.

Jika dahulu Ramly Burger hanya mampu menjual 200 keping daging sehari, kini mereka mula mendapat tempahan yang lebih tinggi sehingga 3,000 keping sehari. Sekitar tahun 1980 an,  Ramly telah mula langkah dengan membuka syarikat dan hanya empat tahun kemudian, Syarikat Ramli Burger telah berjaya membuka kilang memproses daging burger buatan Malaysia di Bandar Tun Razak ddan menghasilkan kira-kira 10,000 keping sehari.

Cabaran Menjual Daging Burger Buatan Malaysia

Cabaran Ramly Burger paling besar pada permulaan menjadi usahawan burger adalah tidak mendapat kelulusan dalam pinjaman MARA. MARA tolak permohonan pinjaman syarikat Ramly Burger dengan alasan orang Malaysia tidak ramai yang gemar untuk memakan burger, tetapi Bank Pembangunan yang lebih bijak dan tidak banyak alasan telah berjaya mengesan peluang dan ruang usahaawan ini  dan meluluskan permohonan mereka. 

Selepas itu timbul pula fitnah tentang Burger Ramly Tidak Halal yang dijaja oleh masyarakat sehingga beliau terpaksa untuk membuat laporan polis terhadap fitnah yang ingin menjatuhkan sesama kita. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga orang yang membuat cerita tentang kononnya mereka sudah menjual perniagaan burgernya kepada orang lain. Namun, semua fitnah itu telah membuatkan beliau dan keluarga lebih tabah dan berusaha untuk menunjukkan bahawa mereka bukan seperti mana yang dikatakan oleh orang lain.

Keuntungan Menjual Daging Burger

Setelah mengharungi pahit maung dalam perniagaan memproses daging burger ini, hari ini beliau dan keluarga mampu tersenyum lebar kerana keuntungan jualan tahunan mereka dikatakan sudah mencapai kira kira RM1 billion. 

Senarai Produk Keluaran Ramly Terkini

Kini,Jenama Ramly bukan hanya sekadar mengeluarkan daging burger, malah turut mengeluarkan sosej, nuget, bebola daging, daging kisar, sos cili dan banyak lagi.

0 Response to "Pemilik Ramly Burger Adalah Ramly Mokni"

Post a Comment