Soalan yang selalu ditanya ketika menghadiri temuduga kerajaan dan temuduga syarikat swasta. Dibawah merupakan koleksi soalan temuduga yang sering ditanya oleh penemuduga semasa proses temuduga dilakukan.
8 Soalan Popular Semasa Proses Temuduga |
Soalan Yang Biasa Di Tanya Semasa Menghadiri Interview
Setiap individu memerlukan pekerjaan untuk menyara kehidupan. Sebelum berjaya mendapat pekerjaan, setiap individu pasti akan menjalani proses temuduga. Jesteru, persediaan menghadapi temuduga adalah penting kerana ianya akan mempengaruhi keputusan temuduga. Salah satu persediaan yang perlu dibuat adalah membuat sedikit kajian/study tentang soalan yang berkemungkinan akan ditanya semasa temuduga agar kita dapat menjawabnya dengan baik. Antara soalan popular yang ditanya semasa temuduga adalah seperti berikut :
1. Perkenalkan diri
Jawapan: Bagitahu nama, umur, asal, tahap pelajaran bermula dari Sijil Pelajaran Malaysia sehingga peringkat yang tertinggi diikuti dengan pekerjaan semasa anda.
2. Pengetahuan Tentang Syarikat
Jawapan : sila cari maklumat melalui internet atau tanya staff syarikat yang dipohon.
3. Pengetahuan tentang jawatan yang dipohon.
Jawapan : sila cari menerusi internet di website-website syarikat atau cuba cari maklumat tentang deskripsi tugas yang berkaitan.
4. Apa yang anda ingin tanya tentang syarikat.
Jawapan : Cuba tanya walaupun satu soalan. Misalnya, bertanyakan tentang faedah yang diberikan oleh syarikat kepada pekerja, waktu bekerja dan lain-lain yang berkaitan.
5. Terangkan serba sedikit tentang tugas atau pekerjaan semasa
Jawapan : Sila pastikan penerangan yang diberikan adalah menarik dan tekankan tentang kerja kerja yang dilakukan oleh anda yang boleh mengaitkannya dengan kerja yang baru. Jika anda adalah fresh graduate, biasanya akan ditanya tentang Final Year Projek.
6. Sasaran Lima Tahun Akan Datang
Jawapan : Sila jawab dengan jujur.
7. Kelemahan anda
Jawapan : Sila beritahu kelemahan anda dan cara anda mengatasi kelemahan tersebut.
8. Kenapa mahu berhenti kerja ditempat lama
Jawapan : Sila elakkan dari memburukkan majikan anda terdahulu lama dan berikan alasan yang munasabah.
Diharap perkongsian tentang contoh soalan terpilih dan bagaimana cara untuk menjawab semasa temuduga ini mampu membantu anda dalam membuat persediaan bagi menghadapi temuduga serta berjaya mendapat pekerjaan yang baik. Sekian, terima kasih.
>> Kesalahan Yang Selalu Dibuat Semasa Menghantar Resume Kerja
>> Kesalahan Yang Selalu Dibuat Semasa Menghantar Resume Kerja
0 Response to "Soalan Yang Selalu Di Tanya Ketika Temuduga"
Post a Comment