Terengganu FC Tarik Diri dari Liga Malaysia 2015. PBSNT atau Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dikhabarkan tetap dengan pendirian yang diambil tentang kekecohan yang berlaku selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu Vs Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah disebabkan dari keputusan pengadil yang mengendalikan perlawanan tersebut.
PBSNT Tarik Diri Liga Malaysia Musim Ini |
Pasukan Terengganu Menarik Diri Sertai Liga Malaysia
Menurut Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, kawalan yang telah disediakan oleh pihak keselamatan adalah mencukupi bagi menampung lebih 30,000 penonton pada malam tersebut, namun keputusan yang diambil pengadil perlawanan Terengganu FC lawan Singapura (Lions XII) yang membatalkan jaringan pemain Terengganu pada minit minit akhir perlawanan tersebut telah menyebabkan suasana menjadi tidak terkawal.
“Dengan pembatalan jaringan tersebut, ianya menaikkan kemarahan dikalangan peminat bola sepak negeri Terengganu. Kalau kejadian seperti ini turut berlaku di tempat lain, mungkin perkara yang sama turut akan berlaku.
“Keputusan hendaklah diambil secara tepat. Pengadil perlawanan telah meniup wisel pertama mengatakan gol kemudian membatalkannya. Ini yang menaikkan kemarahan para penyokong,” katanya.
Tambahnya, surat bantahan yang ditandatangani oleh Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Arpin Deraman sudah dihantar kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin semalam.
“Kita sedia maklum bahawa beliau tidak akan berganjak dari keputusan yang dibuat namun bagi pihak peminat bola sepak Negeri Terengganu sememangnya merasa kecewa kerana sudah dua kali kejadian hampir sama terjadi kepada pasukan Terengganu FC.
“Kali pertama berlaku adalah pada perlawanan menentang Kelantan ketika 2013. Dalam kejadian tersebut, pengadil perlawanan antara Terengganu menentang Kelantan telah didapati bersalah dan dikenakan denda, akan tetapi keputusan perlawan tetap tidak berubah,” katanya.
Anggota Polis dan Pasukan Keselamatan Stadium di Belasah Penyokong Terengganu
Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu akur serta bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman untuk menarik diri dari Liga Malaysia jika perkara yang dialami pasukan Terengganu dilihat terdapat sedikit penyelewangan.
Selain itu, Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak keselamatan yang memberi kejersama yang tinggi dan bertungkus lumus pada malam kejadian tersebut terutamanya pihak PDRM-Polis DiRaja Malaysia.
“Saya turut dikhabarkan terdapat 3 orang dari pihak keselamatan mengalami kecederaan dalam kekecohan yang berlaku pada malam tersebut.
“Bagi pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dan penyokong bola sepak negeri Terengganu, saya memohon maaf atas insiden tersebut,” katanya.
0 Response to "Terengganu FC Tarik Diri dari Liga Malaysia"
Post a Comment