Persediaan Yang Penting Menghadiri Temuduga

Tips dan Persediaan Yang Penting Menghadiri Temuduga. Panduan persediaan asas yang yang dikongsikan dibawah diharap dapat membantu mana-mana individu yang akan menghadapi proses temuduga.

Persediaan Yang Paling Penting Menghadiri Temuduga
Persediaan Yang Perlu di Lakukan Ketika Menghadiri Temuduga



Persediaan Awal Yang Penting Dalam Menghadapi Temuduga

Syabas dan tahniah diucapkan kepada anda kerana setelah bersusah payah membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan, akhirnya anda telah terpilih dan dipanggil untuk ke sesi temuduga yang akan dijalankan. Oleh itu persediaan awal bagi menghadapi temuduga adalah penting untuk dilakukan.Di bawah merupakan beberapa tips untuk menghadapi temuduga :

Panduan Menghadapi Temuduga Kerja Kosong

1. Sila membuat sedikit kajian tentang latar belakang kementerian, jabatan atau syarikat yang dipohon.

2. Sila cari deskripsi jawatan atau bidang tugas yang dipohon. deskripsi atau bidang tugas merupakan antara soalan-soalan asas yang lazim disoal oleh panel penemuduga. Kegagalan menjawabnya dengan betul akan memberi keputusan yang negetif semasa semakan keputusan temuduga yang dikeluarkan.


3. Sila bawa resume yang terbaru dan sijil-sijil yang berkaitan sahaja. Dan, pastikan susunan sijil yang akan dibawa ke proses temuduga mengikut keutamaan jawatan yang dipohon. 

4. Cuba cari maklumat tentang panel penemuduga jawatan kosong yang dipohon. Sila catit, hafal tentang nama, jawatan atau gelaran panel temuduga tersebut. Jika tidak menemuinya, sila bertanya pada petugas yang bertugas semasa proses temuduga tersebut.

Tips dan Persediaan Penting Semasa Temuduga

1. Tenangkan diri dan jangan terlalu gementar. Sila belajar untuk menenangkan diri bagi membolehkan anda menjawab soalan-soalan yang diberikan secara berkesan dan seterusnya mempengaruhi semakan keputusan temuduga yang akan dikeluarkan nanti.

Semoga ianya dapat membantu kawan-kawan sekalian dalam menghadapi temuduga yang dihadiri. Jika kawan-kawan merasakan ini adalah maklumat yang berguna, mohon bantu kami untuk menyebarkannya dengan klik pada butang g+1 dibawah atau sebarkan dilaman-laman sosial anda supaya ianya dapat membantu mereka yang lain dalam menghadapi temuduga dan seterusnya mendapat keputusan positif melalui temuduga yang dihadiri mereka. Kerjasama anda adalah dihargai. Sekian, terima kasih.

0 Response to "Persediaan Yang Penting Menghadiri Temuduga"

Post a Comment