Cara dan Kaedah Mengatasi Batang Pokok Dimakan Ulat

Panduan Cara Mengatasi Batang Pokok Yang Patah Akibat Dimakan Ulat Batang Dahan. Dahan atau batang pokok yang dimakan ulat tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ianya akan memberi kesan yang buruk kepada tumbesaran dan buah yang akan dikeluarkan oleh pokok tersebut. 

Langkah-langkah Mengatasi Ulat Pengorek Pokok
Gambar Pokok Mangga

Petua Mengatasi Dahan Pokok Yang Di Makan Ulat Pokok

Dibawah merupakan beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasinya tanaman yang batang atau dahan nya dimakan oleh ulat batang.

1. Atasi Dahan Pokok Yang DiMakan Ulat Menggunakan Ubat Gegat

Seperti pokok mangga yang telah saya tanam, kena ulat pemakan batang, tapi belum sempat mereput lagi. Kaedah yang saya gunakan bagi mengatasinya masalah ini adalah dengan menggunakan ubat gegat. Caranya ialah, tumbuk ubat gegat dan letak dalam lubang pada batang pokok yang rosak. Kemudian tutup dengan plastersin. Insyaallah, ulat batang pokok yang ada akan mati. Kuantiti ubat gegat yang digunakan adalah mengikut kuantiti kerosakan. Alhamdulillah, selepas sebulan nampak pokok kembali sihat dan mulai tumbuh pucuk baru.

2. Basmi Ulat Pengorek Batang Pokok Menggunakan Furadaan

Selalunya kes begini ulat batang akan makan dari bawah.Cuba pastikan sampai setakat mana dia dah makan dan gergaji buang bahagian yang telah dimakan ulat. Cantas sehingga sekaki dua . beli Furadaan, taburkan dalam 1kaki diameter keliling pokok. Furadan ini boleh menjadi baja pada pokok dan racun kepada ulat temasuk manusia.Sekiraanya lubang di tengah batang pokok ambil racun serangga spraykan & tutupkan dengan minyak gris, Biarkan pokok tu bertunas kembali . Pastikan sekiranya bertunas kembali dan berbunga, harap buangkan bunga tersebut kerana kalau jadi buah kita sayang pulak. Tapi masalahnya kalau jadi buah dan dimakan mungkin mabuk atau beracun kesan Furadan tersebut. Sisa Furadan akan hilang dalam sistem aliran makanan dan air pokok lebih kurang 2 bulan setengah. Tips ini saya perolehi dari seorang kawan yang menanam pokok-pokok buah di Perak.

3. Cegah Ulat Dahan Poko Menggunakan Minyak Kotor Enjin Kereta 

Selain itu, ulat batang pokok juga dikhabarkan boleh dihapuskan dengan menggunakan minyak enjin kereta yang kotor. Kaedah yang boleh digunakan adalah dengan cara sapu minyak enjin kereta pada kawasan yang terdapat ulat dahan ataupun injek minyak kotor enjin kereta ke kawasan yang bermasalah tersebut.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda.

1 Response to "Cara dan Kaedah Mengatasi Batang Pokok Dimakan Ulat"

  1. SAYA AKAN CUBA UTK POKOK MANGGIS SAYA YANG BERMASALAH, TQ.

    ReplyDelete