Cara Betul Tanam Bawang Merah Kecil Agar Subur

Cara, teknik dan kaedah yang betul menanam bawang merah supaya subur dan berhasil.Mari sama-sama tanam bawang merah kecil. Selepas dua bulan setengah, insyaAllah hasil kutipan bawang merah yang ditanam akan berganda sebanyak 400 %. Mudahnya, jika tanam 1 kg dapat 5 kg. Daripada dibuang bawang yang ada adalah lebih baik kita manfaatkannya dengan cara yang betul agar tidak dikatakan membazir.

Cara Semai Bawang Merah Kecil Dengan Betul

1. Buat batas dan gaulkan dengan tahi ayam serta siram IMO sebelum tanam.
2. Beli bawang merah kat kedai runcit mamak yang telah bercambah, biasanya harganya murah.
3. Cucuk bawang merah ke dalam tanah sehingga anak tunas sahaja yang timbul di permukaan tanah.
4. Siram air setiap hari dan  siram FAA setiap 3 hari. Bila sudah berbunga jangan siram air, biarkan         sahaja sampai pucuk bunga betul betul layu kering.
5. Selepas kering, korek ianya keluar dari tanah. basuh dan gaul dalam air untuk keluarkan tanah. 
6. Kemudian jemur dibawah cahaya matahari untuk dikeringkan. Bila sudah kering, simpan dalam         tempat yang kering.

Manfaat Belajar Cara Tanam Bawang Buangan

1. Bawang buangan dijadikan berganda dan boleh dimakan sendiri. 
2. Daun boleh jual buat sup. 
3. Benih dari bunga boleh ditanam dan dijual kepada pembeli.

Cara Tanam Bawang Merah Dengan Betul
TEKNIK TANAM BAWANG MERAH



0 Response to "Cara Betul Tanam Bawang Merah Kecil Agar Subur"

Post a Comment