Pembangunan dan Alam Sekitar Semulajadi

Keseimbangan antara pembangunan dan alam sekitar adalah amat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup masyarakat sejagat mahupun generasi akan datang. Pembagunan yang pesat tanpa mempedulikan akibat dan kesan buruk ke pada alam sekitar dan masyarakat mampu mempengaruhi rancangan sesebuah negara mencapai halatuju seperti yang dirancang. Pembagunan boleh ditakrifkan dengan pelbagai pandangan maksudnya pembagunan itu sendiri boleh dijelaskan secara meluas dan ianya mungkin membawa maksud yang berbeza antara masyarakat,budaya dan negara. Namun halatuju maksudnya adalah sama iaitu untuk mengenalpasti ciri-ciri masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pembangunan kehidupan sesebuah masyarakat dan menjadikannya sebagai sebuah negara yang dihormati dan mampu berdikari dalam semua lapangan.

Nota Pembangunan dan Alam Sekitar Semulajadi
Pembangunan VS Alam Sekitar Semulajadi
Manakala alam sekitar bermaksud keadaan sekeliling atau lingkungan dan merujuk kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Ianya selari dengan satu teori yang dikemukakan oleh seorang ahli ekologi barat iaitu A.Bullock & O.Stallybrass(1997) yang mentakrifkan alam sekitar lebih kepada "evironmentalism" dan dijelaskan bahawa ianya merupakan satu istilah geografi tentang dokrin falsafah yang memberi penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkaitan dengan aktiviti manusia.

Manusia dan alam sekitar pula adalah saling berhubungan dan memberi kesan antara satu sama lain. Alam sekitar mampu mempengaruhi kehidupan manusia, bahkan keseluruhan tamadun manusia dipengaruhi alam sekitar. Ini memberi rangsangan kepada manusia untuk melakukan tindakan dan aktiviti bagi mencapai hasrat dan keinginan. Tindakan aktiviti manusia pula sebaliknya mempengaruhi alam sekitar. Keseimbangan alam yang terjejas menyebabkan wujudnya masalah alam sekitar dan ianya berkait rapat dengan aktiviti pembagunan.

Keseimbangan antara pembagunan dan alam sekitar mampu melahirkan penduduk yang berkualiti dan mampu memberi satu gambaran kepada kesejahteraan dan keharmonian hidup bagi generasi akan datang selari dengan satu teori yang di kupas oleh Andrew(1976) dimana beliau menyatakan bahawa penduduk yang berkualiti mampu memberi gambaran yang sempurna tentang masa hadapan sesebuah negara. Walaupun pembagunan member kesan yang positif kepada ekonomi penduduk tetapi jika ianya tidak dirancang dengan betul misalnya mengabaikan pendekatan pembagunan mampan (pembagunan yang dilakukan untuk memenuhi keperluan semasa tanpa melenyapkan peluang yang sama untuk dinikmati oleh generasi akan datang). Ianya boleh menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar dan juga boleh menyebabkan kemerosotan kualiti hidup masyarakat seperti timbulnya gejala-gejala sosial yang tidak sihat dan sebagainya.

Dalam usaha menyeimbangkan pembagunan dan alam sekitar bukan sahaja pihak kerajaan yang harus dipertanggungjawabkan bahkan semua pihak harus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti ini.Apa yang penting adalah setiap individu perlu bersedia membuat sedikit perubahan kepada cara hidup seharian dengan amalan – amalan yang lebih mesra alam. Jesteru ianya dapat mengurangkan kesan yang buruk kepada kualiti alam sekitar dan kualiti hidup masyarakat sejagat dan generasi akan datang.

2. Kembali Kepada Asas : Belajar,Beramal dan Berkongsi

Kembali kepada tiga pendekatan asas iaitu belajar, beramal dan berkongsi. Sama-samalah kita sebarkan dan kongsikan pengetahuan dan amalan yang sihat dengan kaum keluarga, sahabat handai, jiran, rakan dan kenalan. Perkongsian maklumat dan amalan adalah asas dalam membudayakan sesuatu amalan.

Pendekatan ini adalah sangat penting lebih lebih lagi di era globalisasi ini. Kekuatan budaya sebegini haruslah ditanam dalam setiap masyarakat pada segala peringkat umur  agar ianya tertanam dalam jiwa setiap individu dengan sifat bangga terhadap budaya bangsa mereka yang unggul.

Kurangnya pendedahan kepada maklumat alam sekitar menyebabkan ramai antara kita masih tidak dapat memahami dan mengenalpasti punca sebenar isu persekitaran. Tahap pengetahuan yang rendah akan membawa kepada pembetukan alam sekitar yang rendah.Maka jelaslah, daripada penyataan ini, bukan sahaja anak-anak kecil malahan keseluruhan masyarakat haruslah diasuh dengan kesedaran terhadap alam sekitar. Oleh yang demikian,tahap pengetahuan dan kesedaran yang rendah tidak akan mendidik manusia berubah sikap.

3.Penyelidikan

Penyelidikan terhadap pengunaan teknologi baru adalah sangat penting. Penyelidikan ini bertujuan menghasilkan pengunaan teknologi yang bersesuaian dengan pendekatan pembagunan sesebuah negara. Kerajaan juga hendaklah sentiasa menyokong usaha-usaha penyelidikan secara berterusan untuk mengimbangi kualiti hidup masyarakat dengan kualiti alam sekitar melalui pengunaan teknologi baru. Usaha sebegini mampu untuk melahirkan persekitaran yang sihat,baik dari segi alam sekitar mahupun persekitaran sosial masyarakat negara. Dengan adanya penyelidikan, maka ianya memudahkan sesebuah kerajaan untuk membuat garis panduan bagi mengetengahkan prinsip-prinsip yang penting dalam kehidupan manusia iaitu manusia dengan Pencipta,manusia dengan manusia dan manusia dengan alam sekeliling.

Dengan penyelidikan juga,ianya dapat menjurus kepada pembinaan berkualiti dengan memberi penekanan kepada teknologi terkini dan berteraskan pengetahuan disamping dapat menghimpun,menyelaras dan menyelenggara data dan maklumat terkini mengenai kedudukan dan perkembangan negara. Ianya mampu menjadi sumber maklumat dan data utama untuk keperluan jangka pendek mahupun jangka masa panjang.

Disamping, dengan maklumat yang ada, ianya dapat memberi panduan kepada kerajaan untuk membentuk dasar-dasar yang diperlukan untuk mengatasi masalah hasil dari ketidakeseimbangan alam sekitar dan pembangunan.

4.Keadilan Ekonomi Sosial

Seperti yang dinyatakan dalam matlamat pembagunan Islam dimana pembangunan bukan sahaja dari aspek ekonomi dan fizikal malahan dari keseluruhan aspek termasuk rohani dan jasmani. Keadilan ekonomi sosial adalah salah satu faktor yang dapat menyeimbangkan pembangunan dan alam sekitar namun ianya dilihat sebagai satu cabaran yang besar untuk diwujudkan dalam sesebuah negara kini, walaupun negara tersebut berstatus negara Islam. Harus diingatkan bahawa keadilan ekonomi sosial adalah amat penting dalam mewujudkan pembagunan yang seimbang. Dengan adanya keadilan ekonomi yang seimbang, ianya dapat melahirkan masyarakat pengguna yang bijak dan mewujudkan masyarakat yang mengamalkan amalan hidup secara bersederhana.

Amalan cara hidup bersederhana adalah ajaran agama bukan saja Islam, bahkan semua agama. Sederhana maksudnya tidak keterlaluan dan berlebihan dari segala segi, khususnya yang membabitkan perbelanjaan dan gaya hidup. Sederhana bermakna kita perlu mengkaji buruk baik sebelum melakukan setiap tindakan agar mencapai matlamat dengan efisien dan efektif dengan biaya yang optimum.Secara tidak langsung,ianya akan dapat mengajar masyarakat untuk menggunakan keperluan secara bersahaja tanpa berlebihan.Ini dapat menyumbangkan satu impak positif kepada negara.

5.Pendidikan

Penekanan terhadap pendidikan tentang kepentingan alam sekitar adalah amat penting.Misalnya,Pendidikan Pembangunan Lestari yang mana terhasil daripada kesan negetif pembangunan masa kini yang banyak menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar dan keruntuhan kualiti hidup masyarakat. Pembangunan Lestari adalah bertujuan mengimbangkan permintaan manusia dan keupayaan daya tamping alam sekitar akibat sistem ekonomi. Pendidikan Pembangunan Lestari di ketengahkan bagi membantu setiap masyarakat memperolehi nilai,komitmen, pengetahuan asas dan membina sikap yang positif terhadap alam sekitar. Jesteru, ianya dapat menjelmakan minda lestari kepada semua warga. Secara ringkas, minda lestari bermaksud pemikiran, gaya fikir dan disiplin yang menjadikan kesejahteraan masyarakat sebagai matlamat pembangunan menerusi alam sekitar yang bersih dan selamat, sistem dan pengurusan cekap, dan dasar serta amalan gaya hidup selari dengan fitrah insaniah.

Pendidikan yang lebih mantap dan berterusan serta pelaksanaan pada seluruh peringkat adalah amat diperlukan. Pendidikan penting kerana pelestarian tidak cukup sekadar kesedaran awam kerana untuk mencapai ke peringkat yang lebih tinggi maka masyarakat perlu dididik tentang aspek penting pelestarian sama ada menerusi saluran formal, bukan formal atau tidak formal secara berterusan. Hal ini penting kerana kesedaran saja sekadar menjadikan seseorang prihatin tetapi sering bertindak secara tidak rasional dalam menanggapi isu alam sekitar dan pembangunan fizikal.

RUMUSAN

Demi menjamin kesejahteraan masyarakat sejagat dan generasi akan datang, keseimbangan pembangunan dan alam sekitar adalah amat penting.Amalan-amalan yang sihat haruslah dipupuk di semua peringkat umur adalah perlu untuk membudayakan sesuatu amalan dan seterusnya menjadi budaya yang agung demi kesejahteraan masyarakat.

Usaha-usaha penyelidikan haruslah di teruskan dari semasa ke semasa untuk mendapat maklumat-maklumat terkini tentang kesuaian penggunaan teknologi yang terkini dan seterusnya dapat menyediakan panduan yang bersesuaian bagi sesebuah negara ke arah kejayaan dalam mencapai perancangan.

Kehidupan secara bersederhana dalam semua aspek juga memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan pembangunan dan alam sekitar kerana ianya dapat melahirkan masyarakat pengguna yang bijak dalam mengunakan sesuatu perkara dan lebih mementingkan kepada keperluan sahaja. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan masyarakat daripada pembaziran malahan gejala-gejala negetif yang lain.Jesteru,kerajaan dan pihak berkepentingan yang lain harus bersama sama memberi komitmen yang tinggi dalam mewujudkan keadilan ekonomi sosial.

Selain itu, penekanan terhadap pendidikan tentang perlunya keseimbangan antara pembangunan dan alam sekitar haruslah ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa untuk membina sikap yang positif dan melahirkan minda lestari di kalangan masyarakat sejagat mahupun generasi akan datang.Disamping, dapat mengingatkan masyarakat tentang setiap aktiviti yang negetif yang dilakukan tetap akan berbalik kepada mereka pada masa akan datang.


0 Response to "Pembangunan dan Alam Sekitar Semulajadi"

Post a Comment