Rainbow Mountain ataupun turut dikenali sebagai Gunung Pelangi. Gunung Pelangi yang terletak di negara China kelihatan bagaikan hamparan pelangi yang cantik.
Gunung pelangi yang berkeluasan kira-kira 300 kilometer persegi ini merupakan sebahagian dari Zhangye Danxia Landform Geological Park yang terletak di daerah Gansu, China. Bukit dan lembahnya terdiri dari lapisan warna merah, biru, hijau, coklat, dan kuning.
Fakta Mengenai Gunung Pelangi
Walaubagaimanapun, disekitar kawasan Rainbow Mountain tidak terdapat kehidupan tumbuhan atau binatang kerana sifat tanahnya yang tandus.Fenomena alam yang menakjubkan ini merupakan contoh geomorfologi petrografi yang terbentuk disebabkan oleh keadaan lingkungan.
Dikhabarkan juga, warna-warni yang terhasil dari Gunung Pelangi ini adalah berpunca dari batuan pasir merah dan mineral yang terbentuk sejak Zaman Batu Kapur, kira-kira 24 juta tahun lalu.
Selain itu, Gunung Pelangi akan menampilkan pola warna yang berbeza-beza, bergantung kepada keadaan cuaca dan pencahayaan matahari. Warna-warni Gunung Pelangi akan semakin kontras jika turun hujan pada hari sebelumnya.
Gunung Pelangi ini mula dikenali oleh masyarakat melalui gambar-gambar yang dikongsikan di internet, ramai yang beranggapan bahawa kejadian menakjubkan Gunung Pelangi ini adalah kejadian yang direkacipta oleh manusia melalui pengubahsuaian gambar. Namun, kini, Gunung Pelangi Zhangye Danxia Park menjadi salah satu objek wisata paling dicari di China.
Gambar Gunung Pelangi |
Selain pergunungan pelangi terdapat juga sejenis pokok yang diberi nama Pokok Pelangi. Rujuk link dibawah untuk mengetahui maklumat tentang pokok pelangi :
0 Response to "Rainbow Mountain atau Gunung Pelangi"
Post a Comment