Sejarah Punk di Malaysia. Gejala Punk di Malaysia telah mula bertapak pada lewat tahun 1970 melalui segelintir anak-anak muda.
Asal Usul Punk di Malaysia |
Scene Punk Yang Pertama di Malaysia
Gejala Punk di Malaysia mula bertapak melalui pengaruh muzik oleh segelintir remaja pada lewat Tahun 1970 an. Golongan remaja ini pada mulanya dilihat lebih terpengaruh kepada muzik Punk melalui pembacaan majalah-majalah dari England dan juga daripada sebuah kumpulan muzik iaitu The Sex Pistols yang sangat terkenal pada masa tersebut. Kesannya mereka telah mula cenderung dalam mengumpul berita, kaset dan majalah mengenai punk dan mula berhubung dengan komuniti punk di luar negara untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.
Joe Kidd telah menubuhkan scene punk yang pertama di Malaysia iaitu di Kuala Terengganu pada awal 80an, tetapi pada masa tersebut hampir tidak ada kumpulan muzik punk yang ditubuhkan secara serius. Mereka lebih gemar untuk bermain gitar kapok sambil lepak di tepi pantai, namun pada tahun 1987 telah muncul sebuah kumpulan muzik dari Terengganu yang memainkan muzik punk dengan pengaruh thrash metal iaitu Mallaria. Band Mallaria ini dikhabarkan turut merakamkan demo namun tidak diketahui kesudahannya. Selain Joe Kidd dan rakan-rakan di Kuala Terengganu, terdapat juga sahabat-sahabat punk di negeri lain seperti di Kuala Lumpur dan P. Pinang (AbazzThe Karat) tetapi semuanya dalam komuniti yang kecil dan tidak mempengaruhi remaja yang lain.
0 Response to "Sejarah Asal Punk di Malaysia"
Post a Comment