THiJARI Tabung Haji

Download-Muat Turun Aplikasi THiJARI Lembaga Tabung Haji.  THiJARI adalah satu perisian mudah alih yang disediakan oleh pihak Lembaga Tabung Haji menerusi telefon pintar dan tablet secara atas talian dengan hanya memuat turun melalui sistem operasi Android dan iOS.

Panduan Cara Muat Turun Aplikasi THiJARI Tabung Haji

Applikasi THiJARI TH
THiJARI Lembaga Tabung Haji

Fungsi Aplikasi THiJARI TH

Aplikasi THiJARI  berkonsepkan seperti aplikasi Flipboard, ianya adalah satu platform dan pusat akses utama untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini seperti berita, artikel, iklan dan blog secara atas talian kepada pelanggan.

THiJARI Tabung Haji akan membolehkan pelanggan Tabung Haji-TH dan orang awam mendapatkan maklumat secara terus dengan lebih mudah, cepat, tepat dan terkini serta menepati dengan kehendak dan keperluan mereka.

Pendeposit Tabung Haji dan orang ramai boleh memuat turun aplikasi THiJARI secara percuma pada telefon pintar / tablet melalui :

Muat Turun-Download aplikasi THiJARI Tabung Haji

i) Sistem Operasi Android (Playstore)

ii) QR Code (Quick Response Code) di risalah, roll up banting stand dan Qos MyQ bagi tujuan pengimejan seterusnya memuat turun aplikasi.

iii) IOS (App Store) - boleh dimuat turun aplikasi ini bermula 24 April 2015- THCC

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 – THCC.

>> Cara Mengikuti Kursus Asas Haji Walau Belum Tiba Giliran

Mohon bantu kami menyebarkan maklumat ini kepada yang lain dengan klik pada simbol g+1 dibawah atau kongsikan ke laman-laman sosial anda. Kerjasama anda dalam membantu adalah sangat dihargai. Sekian, Terima Kasih.

0 Response to "THiJARI Tabung Haji"

Post a Comment