Pergaduhan Penyokong Perak dan Johor Darul Takzim

Insiden di Stadium Perak dan Johor Darul Takzim.Perlawanan Perak FA menentang Johor Darul Takzim atau JDT dicemari dengan insiden yang tidak diingini di mana segelintir penyokong tuan rumah telah bertindak mencetuskan kekecohan semasa dan selepas perlawanan. 

Kekecohoan Penyokong Bola Sepak Malaysia
Dikepung Penyokong Bola Sepak Perak

Sekumpulan penyokong-penyokong Perak yang beraksi dan berpakaian ala hooligans dengan menutup muka didapati telah membaling objek ke arah pemain-pemain pasukan JDT di atas padang semasa perlawanan berlangsung dan selepas tamat perlawanan mereka seakan-akan cuba menghalang pula penyokong JDT daripada keluar stadim. Pada masa yang sama , bas pasukan pemain JDT turut dirosakkan dan juga beberapa kenderaan para penyokong JDT yang hadir juga turut mengalami nasib yang sama. Perbuatan memalukan ini secara tidak langsung memberikan imej negatif kepada majoriti penyokong-penyokong tuan rumah yang bersifat profesional. Setelah tamat perlawanan penyokong JDT terpaksa berkumpul di dalam stadium setelah diarahkan oleh pihak FRU demi keselamatan mereka. Pemain-pemain Johor Darul Takzim pula terpaksa menaiki trak FRU untuk ke hotel penginapan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

0 Response to "Pergaduhan Penyokong Perak dan Johor Darul Takzim "

Post a Comment