Tips, kaedah dan cara tingkatkan harga barangan kitar semula. Besi buruk, tembaga, kertas, plastik, kabel, wayar kuprum, kotak dan tin minuman merupakan barangan yang boleh dikitar semula. Antara langkah-langkah yang boleh dicuba bagi meningkatkan harga besi buruk, harga tembaga, harga kertas terpakai, harga tin minuman, harga wayar kuprum, harga kabel elektrik, harga kotak dan harga lain-lain barang kitar semula ialah :
Langkah-Langkah Meningkatkan Harga Barangan Kitar Semula
Senang hati betul rasanya berbual dengan taukey besi buruk (scrap, recycle) Cina muda tadi. Mungkin disebabkan umur kami tidak jauh berbeza maka banyak bicara bagai senada. Dia puji tulisan saya cantik, "Wah tulisan lu manyak cantik maa, ini mesti manyak rajin sekolah."
"Ini TV lama dua puluh lapan inchi berapa you berani angkat,tokey?" Saya cuba nak main harga dua buah TV ibunda yang telah lama rosak dan tersadai.
"Ini TB, hmm... Gua angkat sama you dua ringgit sajalah."
"Apa? Tv ini macam besar lu mau angkat dua ringgit saja ka tokey? You pun tahu, dalam ini tv ada macam-macam, wayar kuprum,body tv plastik, rangka dia besi, skrin dia kaca. Paling sikit RM15 boleh dapat tau, tokey."
"Haha (ketawa sakan), lu memang banyak sekolah banyak pandai. Kalau lu mahu gua angkat mahal, boleh. Lu kasi bukak ini TV sekarang dulu la, kita timbang kira lain, apa macam?"
"Ala, lu balik kasi buka ini TV sendiri la, tokey, Kita kira kasi lumpsum lah sekarang."
"Haiya, lu tahu tak, kalau gua jual balik bulat-bulat ini TV harga tujuh ringgit sahaja tau. Lu tarak mau tanya ka, kenapa gua tarak buka sendiri ini tv, maa?"
"Hah, kenapa?"
"TV kalau salah buka boleh kasi terbakar, boleh meletup woo. Gua tarak sekolah pandai, tak reti macam mana nak buka ini TV. Tapi gua tarak bodoh, kalau terbakar, meletup, bayar insuran pun mahal wo."
"Haha (gua gelak besar). Itu lagi pandai, taukey. Pandai risiko."
"Okey-okey. Sekalang, jom tolong gua angkat ini TV masuk lori. Satu orang angkat mana boleh,maa."
"Amboi. Kalau ini macam, mesti mahu kasi upah lah, taukey. Gua bukan pekerja lu."
"Bolehlah, duit minum-minum gua boleh kasi. Lu tolong gua angkat, gua kasi lagi naik dua ringgit satu TV."
"Wah, patutlah lu mau angkat ini tv RM2 saja. Awal-awal lu sudah plan mahu mark-up upah angkat."
"Hahaha, lu memang sekolah pandai. Selalu hidu itu taktik gua. Hahaha!"
Begitulah perbualan kami. Dari sini dapatlah dipelajari, "Always think one step ahead." Kalau sudah tahu bahawa harga akhir boleh berubah, maka siap-siap 'pancung' lebih awal. Kalau sudah jangka risiko ada dihadapan, maka cuba elakkan dari menanggung rugi atau ambillah untung daripadanya.
sumber : fb
0 Response to "Cara Tingkatkan Harga Besi Buruk dan Barangan Kitar Semula"
Post a Comment