Tip Cara-Teknik-Kaedah Mengenali Air Zam-zam Palsu atau Tiruan. Salam semua. Sejak-sejak akhir ini, terdapat banyak isu air zam zam palsu atau tiruan di pasaran namun masih tidak pasti adakah air zam zam tiruan telah beredar di Malaysia atau tidak.
Jika setakat campuran antara air Zam Zam dengan air biasa insyaAllah berkatnya masih ada, namun yang apa yang dirisaukan sekiranya air zam- zam tiruan tersebut adalah 100% daripada air biasa.
Berdasarkan enam tahun pengalaman saya menjadi pengedar Air Zam Zam asli termasuk minum sendiri di Masjidil Haram serta pengalaman bertanya dengan ramai pengedar Air Zam Zam di Malaysia, saya sendiri tidak berani untuk meletakkan tuduhan bahawa Air Zam Zam ini palsu atau dicampur dengan air/asli sepertimana yg didakwa dengan yakin oleh sesetengah pihak. Cuma yang benar-benar "kashaf" atau mereka kemahiran sahaja yang mampu menilainya.
Perbezaan Rasa Pada Air Zam-zam Asli dengan Air Zam- Zam Tiruan
Rasa Air Zam Zam Asli sememangnya sedikit payau, tetapi rasanya juga kadang-kadang berubah mengikut musim di Mekah (musim panas dan musim hujan) dan sekali lagi apabila di bawa balik ke Malaysia ia juga mengikut berubah mengikut musim dan kedaan cuaca di Malaysia.
Air Zam Zam Asli berkeladak dan berlumut
Air Zam Zam Asli yang diambil terus dari telaga dan tidak bertapis (tidak seperti semua air lain yang telah dibotolkan dan telah menjalani beberapa proses sulingan dan tapisan), sifat Air Zam Zam yang mengandungi zat mineral dan zat baik yang lain kiranya ia dibotolkan dengan botol yang nipis dan terdedah dengan cahaya matahari maka sifat Air Zam Zam akan berubah menjadi berlumut dan berkeladak. Pernah sekali ketika saya pergi menghantar stok di Kedah, seorang kenalan dan juga pembekal barangan kesihatan menceritakan pengalaman beliau ke satu farmasi kemudian datang seorang pelanggan yang ingin membeli Air Zam Zam yang berkeladak, bila ditanya kepada pelanggan tersebut beliau menyatakan bahawa yang berkeladak itulah Air Zam Zam yang asli.
Teknik dan kaedah mengenali Air Zam Zam yang asli.
1. Air Zam-zam asli boleh diukur dengan alat pengukur (biasanya dimiliki oleh pembekal yang akan memeriksa sebaik sahaja Air Zam Zam sampai di Malaysia) yang boleh mengetahui kadar ke aslian air zam-zam tersebut. Apabila kadarnya sudah melebihi 400, maka dipastikan itu adalah Air Zam Zam yang asli kerana Air Zam Zam memiliki perbezaan dengan air mineral yang terdapat dipasaran.
2. Selain itu, boleh juga untuk mengambil 1 liter Air Zam Zam dan mineral biasa dan dimasukkan ke dalam botol berlainan yang sama saiz, pasti kadar berat Air Zam Zam lebih sedikit dibandingkan air mineral biasa.
3. Air Zam Zam juga dapat di ukur tahap kealkaliannya dengan nilai pH sekitar 7.5 atau lebih.
4. Pastikan ianya di seel menggunakan plastik wrap yang tertulis “Air Zam Zam Water" (jawi dan rumi) dan berimej Masjid Haram atau Kaabah. ( Kadang-kadang terdapat air zam-zam asli yang tiba tanpa plastik wrap, walaubagaimanapun, ini adalah antara salah satu kaedah untuk beza air zam-zam asli dengan yang palsu ).
5. Untuk Air Zam Zam yang dibotolkan semula dengan botol kecil, sila pastikan ada nama, alamat dan no telefon syarikat pengedar.
6. Seterusnya boleh juga dicuba dengan kaedah meletakkan rantai tasbih di atas Air Zam Zam di tempat yang tidak berangin dan InsyaAllah dengan keajaiban Air Zam Zam tasbih akan berpusing dengan sendiri mengikut arah tawaf.
Sumber :fb
Air Zam-zam |
0 Response to "Tips Cara Mengenali Air Zam Zam Asli Vs Palsu"
Post a Comment