Tutorial Cara Guna dan Download Percuma Aplikasi Mykira GST

Tutorial cara guna dan muat turun percuma aplikasi MyKira GST.Seperti sedia maklum, Cukai Barangan dan Perkhidmatan telah dilancarkan pada 1 April 2015 bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

Jesteru, bagi memudahkan orang ramai pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) telah melancarkan satu aplikasi untuk telefon mudah alih iaitu Mykira GST, bertujuan untuk membantu para pengguna dalam membuat semakan terhadap harga barangan yang dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Apa itu Mykira GST?

Mykira GST adalah satu aplikasi yang dilancarkan oleh pihak KPDNKK-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk membantu masyarakat menjadi pengguna yang bijak.

Ianya adalah salah satu usaha inovasi NBOS oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) bagi membantu masyarakat Malaysia dalam memantau harga barangan dalam negara. Aplikasi Mykira GST memerlukan talian internet bagi pengiraan dan senarai produk. Spesifikasi Operating System ialah Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan ke atas.

Fungsi Mykira GST :
- Untuk menyemak lebih dari 10,000 harga produk dan perkhidmatan dipasaran.
- Bagi memberi panduan kepada pengguna sebelum membuat aduan kepada pihak KPDNKK.
- Mewujudkan saluran interaktif yang mudah dan mesra pengguna
- Bagi menyediakan satu saluran alternatif kepada pengguna untuk membuat aduan.

Sebarang pertanyaan diajukan kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my

Cara Muat Turun dan Kaedah Penggunaan Aplikasi Mykira Gst

Sila ikuti langkah-langkah dibawah bagi memudahkan penggunaan apps Mykira Gst di telefon android anda.

Cara Guna Aplikasi Mykira GST
TUTORIAL CARA GUNA APPS MYKIRA GST

Download Percuma Apps Mykira GST :


0 Response to "Tutorial Cara Guna dan Download Percuma Aplikasi Mykira GST"

Post a Comment