Hukum doktor lelaki menjadi bidan bersalin kepada isteri menurut Islam. Ustaz, apakah hukum seorang isteri bersalin berbidankan doktor lelaki ? Adakah ianya boleh dikira sebagai dharurah?
Hukum Bersalin Berbidankan Doktor Lelaki |
Ustaz Azhar Idrus
Jika dahulu orang lelaki menjadi bidan bersalin memang sangat aneh dan pelik, namun sekarang ianya sudah menjadi suatu kebiasaan. Inilah antara kekurangan yang ada pada masyarakat kita sekarang yang perlu kita sama-sama perbaiki, iaitu dengan menambah bilangan doktor bersalin dari kalangan kaum hawa.
Adakah boleh bersalin dengan doktor lelaki sebab dikira dharurah?
Ya, tetapi sekiranya tiada pilihan lain pada masa tersebut. Misalnya, apabila tiba masa hendak melahirkan anak, tiada doktor wanita atau suami tiada kemampuan dari segi kewangan untuk mendapatkan rawatan bersalin di hospital swasta yang menawarkan doktor wanita untuk menjadi bidan bersalin dan hanya mampu bersalin di hospital kerajaan yang mana kebetulan bidan bersalin yang bertugas pada ketika itu adalah dari kalangan kaum adam.
Namun, kalau suami berkemampuan untuk membayar bagi mendapatkan rawatan bersalin di hospital swasta yang membolehkan beliau memilih untuk mendapatkan khidmat doktor wanita, maka haram bagi si suami yang sengaja membiarkan isterinya bersalin dengan bidan bersalin lelaki atau doktor lelaki. Ini tidak dikira sebagai dharurah.
Jadi bagi suami yang berkemampuan, jangan kedekut dalam hal ini disebabkan mahu menjimatkan wang ringgit. Jika hendak berjimat boleh, namun dalam hal-hal lain yang bukan melanggar hukum haram dengan membiarkan aurat isteri kita dilihat ketika dalam bilik bersalin oleh doktor lelaki.
Doktor Lelaki Check Peranakan Isteri
Bidan Bersalin Lelaki Memeriksa Jalan Isteri Hendak Bersalin
Cuba renungkan, adakah baik jikalau si suami menunggu di luar bilik bersalin dengan bertasbih "subhanAllah subhanAllah subhanAllah", sedangkan bidan bersalin lelaki yang sedang menyambut kelahiran darah daging kita sendiri melihat aurat isteri yang ketika itu bertarung nyawa melahirkan anak kandung kita sambil menyebut "masyaAllah masyaAllah masyaAllah".
>> Cara Mandikan Bayi Baru Lahir Mengikut Islam
>> Cara Mandikan Bayi Baru Lahir Mengikut Islam
0 Response to "Hukum Bersalin Dengan Doktor Lelaki Dalam Islam"
Post a Comment