Tips Cara Mudah dan Jimat Tanam Sayur Di Kawasan Rumah. Berjimat dengan bahan guna semula untuk berkebun di Kebun Bandar. Kotak polisterin ini jika dibeli baru, harganya RM16/kotak.
Cara Menanam Murah Dan Jimat Dalam Bekas Polisterin |
.
Yang ini dapat percuma sahaja di pasar basah. Cuma modalnya perlulah muka tembok geledah di tong sampah pasar.
.
Cara Mudah Tanam Sayur Dalam Bekas Polisterin
.
Bahan:
1. Polisterin (dapatkan percuma di pasar basah)
2. Tanah campur (3:3:3:1 - tanah atas:pasir:sabut kelapa halus:baja tahi ayam)
Kaedah Jimat dan Mudah Menanam Sayur di Kawasan Rumah :
1. Cari tempat yang sesuai untuk letak kotak polisterin.
2. Tebuk 3 hinga 5 lubang pada dasar kotak bagi tujuan pengairan.
3. Masukkan tanah campur tadi ke dalam kotak polisterin sehingga penuh 3/4
4. Siram air untuk membasahkan tanah.
5. Semai biji benih.
Selamat Mencuba.
AMARAN: Kotak ini mungkin menjadi lubuk kucing lepak dan melepas hajatnya.
0 Response to "Cara Mudah dan Jimat Tanam Sayur Di Kawasan Rumah"
Post a Comment