Apa Itu Strok dan Tanda Awal Angin Ahmar

Apa dan Bagaimana Stroke atau Angin Ahmar Boleh Berlaku. Strok atau Angin Ahmar boleh berpunca melalui beberapa sebab : 

Pembunuh Negara No 4
Fakta Stroke atau Angin Ahmar


Apa itu Stroke atau Angin Ahmar.

Stroke bermaksud Angin Ahmar. Stroke atau Angin Ahmar boleh berlaku apabila sel otak manusia tiba-tiba mati kerana kurang mendapat bekalan oksigen. Ianya berpunca samada melalui saluran darah kepada tisu otak manusia tersumbat atau berlaku pendarahan di dalam otak manusia.

Apabila keadaan ini berlaku, pesakit Angin Ahmar akan menjadi lumpuh sebelah badan, tidak boleh bertutur, koma, hilang ingatan serta boleh membawa maut.

Haemorrhagic Stroke dan Ischaemic Stroke.

Terdapat 2 jenis strok iaitu "ischaemis stroke" dan "haemorrhagic stroke". Ischaemic terjadi apabila saluran arteri yang membekalkan darah beroksigen ke tisu otak tersumbat oleh darah beku (trombus) atau serpihan lemak (embolus). Stroke jenis ini lebih kerap terjadi berbanding jenis haemorrhagic.

Stroke jenis haemorrhagic atau pendarahan terjadi bila salur darah pecah di dalam otak. Kedua-dua bentuk situasi ini menyebabkan kurang oksigen kepada tisu otak yang menyebabkan stroke berlaku.

Tanda-tanda Awal Terkena Stroke atau Angin Ahmar :

1.Pening
2.Susah atau tak stabil bila berjalan
3.Masalah bila bertutur
4.Kebas, 
5.Lemah atau lumpuh sebelah badan
6.Penglihatan kabur, gelap atau objek kelihatan dua

Cara Mencegah Angin Ahmar :

1.Cuba kawal tekanan darah tinggi dengan optimum
2.Cuba kawal penyakit kencing manis
3.Ambil ubat kurangkan kolesterol boleh mencegah stroke berulang
4.Tangani stress atau tekanan perasaan dengan melakukan aktiviti bersenam.
5.Berhenti merokok
6.Pergi periksa jantung untuk pastikan tiada "atrial fibrillation" yang menjadi punca angin ahmar/stroke.
7. Bagi pesakit kencing manis boleh mengambil aspirin untuk mengelakkan darah beku trombus

Rawatan Alternatif Jantung Tersumbat dan Stroke

Bagi yang ingin mencari alternatif tentang penyakit ini, sila rujuk atau klik link dibawah

4 Responses to "Apa Itu Strok dan Tanda Awal Angin Ahmar"

  1. Terima kasih untuk maklumat. Kami menyediakan pemulihan untuk pesakit strok. kita menggunakan dua kaedah iaitu gabungan rawatan fisioterapi dan akupunktur. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di 0124520077

    ReplyDelete