Cara Elak Kucing Kencing Dan Berak Dalam Rumah

Cara dan Petua Elak Kucing Kencing Dan Berak Dalam Rumah. Bagaimana kaedah untuk mengelakkan kucing dari kencing dan berak di dalam rumah.


Kaedah Elak Kucing Berak Dan Kencing
Kaedah Elak Kucing Kencing Dan Berak Dalam Rumah
Tips dan Petua Elak Kucing Berak Dan Kencing Dalam Rumah

Kawasan di mana kucing baru sahaja didapati melepaskan hajatnya iaitu kencing dan berak, perlulah kita membersihkannya dengan kadar segera kerana melalui kajian terhadap kucing, ianya akan cenderung untuk pergi ke tempat yang sama secara berulang-ulang kali untuk melepaskan hajatnya. Oleh itu, kita perlu bertindak dengan seberapa segera.

Langkah-langkah Mengelak Kucing Kencing dan Berak Dalam Rumah

1. Gunakan kain bersih untuk lap air kencing sehingga kering dan bersih 

2.Bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka dapat menolong dalam menghilangkan bau yang kurang menyenangkan dari air kencing dan tahi kucing.

Cara Menghindari Kucing Berak dan Kencing Dalam Rumah

1. Dengan cara melatih kucing kencing dan berak dalam bekas berpasir. Sediakan satu  bekas berpasir untuk si kucing dan latih si kucing untuk menggunakannya secara kerap. Untuk pengetahuan, kucing adalah sejenis binatang yang mempunyai kebolehan semulajadi untuk belajar dengan agak cepat.

2. Kucing tak suka bau serai,maka gunakan nya sebaik mungkin. Kucing sangat tidak menyukai bau serai. Rendam serai tersebut dalam air dan semburkan di tempat yang kucing selalu kencing atau berak di dalam rumah. Boleh juga diletakkan serai tersebut dikawasan yang sering kucing jadikan tempat melepaskan hajatnya tanpa perlu menggunakan air serai tersebut.

Kepada sesiapa yang ingin menyertai group fb tentang kucing bagi mengikuti, mengetahui, berkongsi maklumat, adopt kucing atau berjual beli kucing dan produk-produk berkaitan kucing, bolehlah join ke group Kucing Itu Satu Anugerah ( https://www.facebook.com/groups/1140574135952994/ ).

Terima kasih dan Selamat mencuba.

1 Response to "Cara Elak Kucing Kencing Dan Berak Dalam Rumah"

  1. Tq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
    Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau kucing berak merata ni. Lebih2 lagi bukan kucing kita sendiri, tapi kucing liar atau mendatang. Harap2 dapat selesaikan masalah semua.
    Boleh cuba gunakan produk "Cat Repellent" dari Jepun ni. Produk ni bila letak akan keluarkan bau yang menyebabkan kucing tak selesa & lari.
    Yang bukan sahaja murah & mudah tapi tak menyeksa binatang. Produk ni ada saya nampak di website ni
    www.tenringgitshop.com
    Selamat mencuba yer.

    ReplyDelete